Cabang lain Umie Aida

Selain daripada berlakon dan menyanyi, Umie juga menceburi bidang perniagaan. Sejak muda Umie mengumpul sejumlah aset berupa rumah, pangsapuri dan deretan kedai sebagai pelaburan hartanahnya. Pada tahun 2001, Umie membuka UK Kickboxing di Taman Malawati yang menyediakan tempat latihan tinju. Manakala pada tahun 2004 Umie menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Amazon Entertainment Production yang menerbitkan naskhah seperti filem Diva Popular (2006) dan drama Takdir Terindah (2007). Pada tahun 2008 Umie bersama adiknya Betty menubuhkan butik kafe Beelicious yang mula beroperasi di One Utama dan kini di Ampang.